Buat Ice Blanded Dengan PakCIk TikTok!!!
Pengalaman Membuat Ice Blended dan Cornflake Bakar Bersama Pakcik TikTok Pada hari itu, aku datang ke kelas macam biasa untuk belajar bersama Pakcik TikTok dan kawan-kawan yang lain. Seperti hari-hari sebelumnya, aku datang dengan harapan dapat belajar sesuatu yang baharu dan menambah pengalaman. Pada mulanya, aku ingat kami akan belajar seperti biasa, tetapi rupa-rupanya Pakcik TikTok telah merancang satu aktiviti yang menarik untuk kami semua. Apabila Pakcik TikTok memberitahu bahawa kami akan membuat makanan dan minuman sendiri, aku terus rasa teruja kerana aktiviti seperti ini jarang-jarang kami lakukan di dalam kelas. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah membuat ice blended menggunakan blender Tupperware. Pakcik TikTok mengajak semua student untuk mencuba sendiri cara menyediakan minuman tersebut. Kami semua berasa seronok kerana dapat melakukan aktiviti secara praktikal dan bukannya hanya duduk di dalam kelas sambil mendengar penerangan. Bagi aku, aktivit...